Biografi Muhammad bin Ishaq bin Yasar al-Muttalibi
Memasuki abad kedua hijriyah, mulai marak penulis yang mengupas sejarah putra Abdullah ( Nabi Muhammad SAW). Satu diantara penulis sirah nabi yang paling masyhur pada abad kedua tersebut adalah Muhammad bin Ishak, Akrab disebut Ibnu Ishaq.
Muhammad bin Ishaq bin Yasar, lebih singkatnya Ibnu Ishaq adalah termasuk sejarawan muslim yang pertama. Lahir pada tahun 85H / 704 M dan meninggal pada tahun 151H / 768 M. Dari jalur ayahnya, ia masih berdarah Iraq. Kakeknya yang bernama Yasir berasal dari ‘Ain at-Tamar, sebuah kota kuno yang tak jauh dari Kuffah. Ibnu Ishaq yang pertama kali menulis Sirah Rasulullah, yang merupakan biografi Rasulullah pertama yang paling komprehensif. Ibnu sa'ad berkata tentang Ibnu Ishaq,"Ia merupakan yang pertama mengumpulkan sejumlah ekspedisi dari Utusan Allah (Muhammad) dan mencatatnya."
Ibnu Ishaq lahir di Madinah diperkirakan 85 tahun setelah hijrah ke Madinah Jadi merupakan salah seorang Tabi'in. Ia berada di Madinah sampai Bani Abbasiyah menggantikan Bani Umayyah dalam kekhalifahan (750). Setelah itu dilaporkan ia berada di berbagai tempat antara Iraq dan Iran, ia meninggal di Baghdad tahun 768.
Masa remaja Ibnu Ishaq dihabiskan di Madinah. Kemudian pada 115 H, ia berkelana ke Alexandria, Mesir. Di sini ia meriwayatkan hadits-hadits yang berasal dari Ubaidillah bin Mughirah, Yazid bin Hubaib, Tsamamah bin Syafi’i dan lainnya. Setelah itu, ia melanjutkan perjalanannya ke Kuffah, al-Jazirah, Ray, Hirah hingga Baghdad. Di tempat terakhir inilah, ia menetap dan memulai kerja-kerja intelektualnya.
Ibnu Ishaq merupakan salah satu murid dari Az-Zuhri. Selain penulis kitab Sirah, ia pun dikenal sebagai penulis kitab Maghazi (kisah-kisah peperangan). Kitab Sirah yang ditulis oleh Ibnu Ishaq yang sampai pada kita adalah berjudul Sirah Ibnu Hisyam yang merupakan mukhtashar/ringkasan dari Sirah Ibnu Ishaq. Kitab tersebut, terbagi dalam tiga bahasan utama. Pertama, tentang awal mula kehidupan Nabi Muhammad (mubtada‘). Lalu bagian tatkala dibangkitkannya Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul (mab’ats). Dan terakhir, tentang peperangan yang terjadi dan yang diikutinya (maghazi).
Ketika hidup, Ibu Ishak sempat melihat Sayyidina Anas Bin Malik dan Said Bin Al-Musayyab, beliau juga sempat mendengar hadis dari Al-Qasim Bin Muhammad Bin Abu Bakar As-Siddiq, Aban Bin Utsman Bin Affan, Az-Zuhri, Abu Salamah Bin Abdur Rahman Bin Auf, dan Abdur Rahman Bin Hurmuz Al-A’raj. Antara ulama besar yang meriwayatkan hadis dari Ibn Ishak adalah Yahya Bin Said Al-Anshori, Sufyan As-Tsauri, Ibnu Juraij, Syu’bah, Al-Hamadan, Sufyan Bin Uyainah dan lain-lain.
pendapat ulama’ berkenaan Ibnu Ishak
Salah satu perkara yang menjadi pertikaian antara ulama’ pada diri beliau adalah keadilan beliau (عدالة) dalam ilmu periwayatan hadis. Imam Muslim telah meriwayatkan hadis melalui jalan periwayatan Ibn Ishak dalam Kitab Sohih beliau beserta hadis-hadis dari ahli hadis yang selainnya yang bersifat adil. Hal ini menunjukkan bahawa beliau mengiktiraf keadilan Ibnu Ishak dalam periwayatan hadis. Hal yang sama dapat juga dilihat pada Ashab As-Sunan Al-Arba’ah. Imam Bukhari pula telah memberi komentar terhadap Ibn Ishak dalam Kitab Sohih beliau.
Namun ,Ibnu Ishak juga telah menerima kritikan yang berat dari dua ilmuan besar Islam; Imam Malik Bin Anas dan Hisyam Bin Urwah. Tatkala disebut nama Ibnu Ishak di hadapan Imam Malik, beliau berkata: “Ibn Ishak adalah seorang dajal dari kalangan dajal-dajal.” Adapun Hisyam, tatkala beliau mendapat berita bahawa Ibnu Ishak meriwayatkan hadis dari isterinya, beliau berkata: “Dia adalah musuh Allah dan pembohong, bagaimana dia meriwayatkan hadis dari isteriku sedangkan dia tidak pernah melihatnya?!”
Ibnu Ishak juga dituduh sebagai Qadariyah dan pengikut mazhab Syiah. Walau bagaimanapun, beliau juga telah diiktiraf oleh ramai ulama’ sebagai seorang alim yang pakar dan berautoriti. Bahkan Syu’bah Bin Al-Hajjaj telah memuji beliau dengan berkata: “Ibn Ishak adalah Amirul Mukminin dalam ilmu hadis.” Beliau juga telah mendapat pujian dari gurunya Az-Zuhri. Adapun tohmahan yang dilemparkan kepadanya oleh Imam Malik dan Hisyam Bin Urwah, maka perkara tersebut tidak diterima, bahkan tidak diredhai dan ditolak oleh ramai ulama’.
Al-Hafiz Al-Kabir Abu Ahmad Ibnu ‘Adi telah bersikap adil dalam menilai Ibnu Ishak. Dan Ibnu Adi merupakan nama yang tidak asing dalam ilmu Jarh Wa Ta’dil dan Naqd Ar-Rijal, dan kitabnya yang berjudul Al-Kamil merupakan asas utama dalam ilmu ini. Beliau berkata tentang Ibnu Ishak: “Aku telah meneliti banyak hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dan aku tidak menjumpai apa-apa perkara yang boleh menghukumnya secara qath’ie atau tetap sebagai dhoif. Beliau mungkin tersilap dan tersalah sangka pada beberapa perkara, seperti mana yang berlaku kepada ahli hadis selainnya.”
Al-Hafiz Abul Fath Ibnu Sayyidi An-Nas telah menyenaraikan hampir kesemua kata-kata ulama’berkenaan Ibnu Ishak di dalam kitab beliau berjudul “Uyunul Atsar Fi Funun Al-Maghazi Wa Asy-Syamail Wa As-Siyar”. Beliau kemudiannya mengulas kesemua komentar dan kritikan yang diterima oleh Ibnu Ishak. Dan beliau cenderung untuk membela tokoh agung ini.
Perkara yang ulama’ bersepakat tentang Ibnu Ishak
Walaupun terjadi banyak perselisihan pendapat dan
percanggahan pemikiran dalam menilai Ibnu Ishak, tetapi kesemua ulama’
bersepakat pada satu perkara iaitu ketokohan beliau dalam ilmu sirah dan maghazi.
Mereka semua mengakui akan hakikat perkara ini, mereka bersadar kepada
kata-katanya dan merujuk kitab beliau dalam masalah ini. Imam Asy-Syafi’I
berkata: “Barangsiapa yang menginginkan ilmu maghazi maka hendaklah dia
bersandar kepada Ibnu Ishak.” Oleh sebab inilah Al-Hafiz Ibnu Hajar menggelar
beliau sebagai ‘Imam Al-Maghazi’ dalam kitab beliau Taqrib At-Tahzib. Manakala
Ibn Sayyidi An-Nas bersifat pertengahan dalam hal ini dan tidak cenderung
kepada mana-mana golongan sama ada yang mengangkat Ibnu Ishak atau yang
menjatuhkannya, maka beliau berkata tentang Ibnu Ishak: “Beliau adalah tonggak
dalam ilmu maghazi bagi kami dan selain kami”, tanpa berlebihan memujinya dan
tanpa mencelanya.
Karya Ibnu Ishak
Selain Siroh Nabawiyah, Ibnu Ishak mempunyai satu karya yang berjudul Al-Maghazi. Karya beliau ini tidak dijumpai dengan sempurna sehingga hari ini, namun sebahagian dari kitab ini telah dicetak di Maghribi beserta tahkik Dr. Muhammad Hamidullah Al-Haidar Abadi, kemudian dicetak buat kali kedua di timur tengah beserta tahkik Dr. Suhail Zukar. Boleh jadi kitab ini akan dijumpai dengan sempurna pada masa depan. Walaupun kitab ini tidak sampai ke tangan kita dengan sempurna, tetapi kita telah mendapat intipati kitab ini melalui Ibn Hisyam (218H) yang telah meriwayatkan kitab ini melalui perantaraan murid Ibnu Ishak; Ziyad Al-Bakkaai (183H) dan kemudiannya mengumpulkan isi penting kitab ini dan menambah baik kekurangannya.
Jika kita meneliti maklumat-maklumat berkaitan kitab Al-Maghazi ini yang terdapat dalam kitab Tarikh At-Thobari, kitab Tarikh Makkah karangan Al-Azraqi, dan kitab Thabaqat Ibn Saad, serta kitab-kitab ahli hadis yang menceritakan tentang sirah nabawiyah, kita dapat membuat kesimpulan bahawa kitab Ibnu Ishak ini terbahagi kepada tiga bahagian; Al-Mubtada’ (permulaan), Al-Mab’ats (pengutusan), dan Al-Maghazi (peperangan).
Bahagian pertama kitab ini iaitu Al-Mubtada’ mengumpulkan kisah kejadian-kejadian, kisah rasul-rasul, dan kisah wahyu sebelum Islam. Sumber pengambilan Ibnu Ishak dalam bab ini adalah Wahab Bin Munabbah, Kaab Al-Ahbar, kitab-kitab yahudi dan nasrani yang sampai ke tangan arab dan umat Islam, begitu juga khabar-khabar yang diceritakan oleh ahli kitab yang memeluk Islam. Beliau juga ada menceritakan dalam bab ini sejarah kabilah-kabilah arab dan kejadian yang berlaku di tengah kehidupan mereka. Josef Horovitz berkata: “Secara keseluruhannya, sanad dan jalan periwayatan amat sukar ditemui pada bahagian pertama; Al-Mubtada’.”
Bahagian kedua pula (Al-Mab’ats) merangkumi kisah hidup Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wasallam di Mekah dan kisah Hijrah Baginda. Kebiasaannya pada bahagian ini Ibnu Ishak meriwayatkan kisah-kisah beserta sanad, terkadang kisah tersebut didatangkan secara mursal atau tanpa disebutkan sanad. Pada bahagian ini juga, beliau telah menjadi satu-satunya perawi yang meriwayatkan kisah perjanjian yang termaterai antara Nabi dan musyrikin serta yahudi yang menetap di Madinah.
Pada bahagian ketiga pula Ibnu Ishak memberi tumpuan khusus berkenaan kisah-kisah peperangan Nabi. Beliau juga ada menceritakan secara am kejadian-kejadian yang berlaku dalam umat Islam pada zaman Nabi, sehinggalah kisah Nabi sakit dan kewafatan Baginda.
Pada bahagian ini beliau membahagi dan menyusun peristiwa-peristiwa yang berlaku mengikut urutan tahun, beliau juga menjelaskan sanad kisah-kisah dan nama-nama perawinya. Ibnu Ishak juga mempunyai metod yang khusus dalam penyampaian beliau berkenaan kisah-kisah peperangan Rasulullah. Beliau akan memulakan pembicaraan dengan gambaran umum dan kesimpulan ringkas yang mengumpulkan isi-isi utama kisah tersebut, kemudian beliau akan menyebut khabar-khabar yang diriwayatkan oleh ramai perawi bermula dengan perawi yang kuat kehujahannya seperti Az-Zuhri, Humaid At-Thowil, ‘Ashim Bin Umar, dan Abdullah Bin Abu Bakar. Setelah itu, dituruti oleh khabar-khabar yang diriwayatkan secara perseorangan yang beliau kumpulkan dari sumber-sumber yang lain
Kesimpulannya
kitab Ibnu Ishak ini adalah kitab yang terbaik dan yang paling banyak memberi manfaat dalam ilmu sirah sejak dahulu hingga hari ini. Secara garis besar isi dari kitab Sirah Ibnu Ishaq menjelaskan tentang rekaman seluruh mata rantai perjalanan Nabi Muhammad SAW dari sejak beliau kecil sampai dewasa, serta dari berbagai macam aspek seperti tantangan-tantangan besar yang beliau lalui dalam menegakkan ajaran agama, yaitu agama Islam. Dalam Sirah Nabawiyah ini dipaparkan bak menyelami napak tilas kehidupan Sang Rasulullah secara detail dan terperinci, serta penuh warna yang merekam betul bagaimana prosesi ayat-ayat al- Qur’an yang turun kepada Nabi sehingga membuat pembaca bisa mengetahui konteks ayat tersebut ,
Walaupun kita tidak dapat membacanya dan mentelaahnya secara langsung, pembaca bisa mengetahui konteks ayat tersebut, tetapi apa yang telah sampai ke tangan kita melalui Ibnu Hisyam yang meriwayatkan ilmu sirah Ibnu Ishak dengan perantaraan Abu Muhammad Ziyad Bin Abdullah Al-Bakkai telah memberikan gambaran umum bagi kitab tersebut. Dan Al-Bakkai merupakan seorang yang dipercayai dalam ilmu sirah seperti yang telah diakui oleh ramai ulama’. Oleh itu, tidak akan timbul dakwaan yang mengatakan sirah yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam adalah tidak sohih.
Ibnu Hisyam telah menyebut manhaj beliau dalam menyusun ringkasan Sirah Ibnu Ishak: “Aku meninggalkan kisah-kisah yang disebut oleh Ibnu Ishak yang tidak ada sebarang kaitan dengan Rasulullah, dan tidak ada kaitan dengan Al-Quran serta sebab penurunan Al-Quran, dan bukan juga penafsiran bagi Al-Quran, serta bukan bukti-bukti yang menyokong kebenaran Al-Quran. Ini adalah untuk meringkaskan kitab ini. Aku juga meninggalkan syair-syair yang tidak makruf disisi ahli syair, dan begitu juga beberapa perkara yang tidak elok untuk disebut, kisah-kisah yang memburukkan sebahagian manusia, dan kisah-kisah yang mana guruku Al-Bakkai tidak mengiktiraf riwayatnya. Dan aku berusaha sedaya upaya untuk mengumpulkan sebanyak mungkin selain dari perkara yang telah disebutkan…”
Beliau telah menjelaskan di beberapa tempat kalimat-kalimat asing, atau nama yang tidak dikenali yang terdapat dalam kitab Ibnu Ishak. Beliau juga ada bercanggah pendapat pada beberapa tempat, dan beliau juga membetulkan perkara yang dilihat salah dalam kitab tersebut. Ramai ulama’ dari zaman dahulu sehinggalah hari ini mengambil berat akan kitab Sirah Ibnu Hisyam, ada yang mensyarah kitab ini, ada yang meringkaskannya, ada yang mentakhrij hadis-hadisnya, dan ada yang menambah baik isinya. Antara ulama yang telah berjasa besar dalam menambah baik kitab ini adalah Al-Hafiz Mus’ab Bin Muhammad Bin Mas’ud. Beliau telah menghuraikan lafaz-lafaz yang susah dan asing yang terdapat dalam kitab ini. Syarah beliau yang ringkas dan padat ini telah diberi nama Al-Imla’ Al-Mukhtashor Fi Syarhi Gharib As-Sirah. Tidak lupa juga Syarah Imam Abdur Rahman As-Suhaili Al-Andalusi yang dikebumikan di Marrakech, Maghribi. Kitab beliau ini yang diberi nama Ar-Raudhul Unuf adalah syarah bagi Mukhtashor Ibnu Hisyam. Ia adalah sebuah kitab yang amat bernilai, sarat dengan ilmu dan faedah, penuh dengan penerangan darjat sohih dan dhoif, kaya dengan penerangan masalah Bahasa dan nasab keturunan, serta memudahkan perkara-perkara yang susah. Imam Az-Zahabi (748H) telah meringkaskan Ar-Raudhul Unuf dan menamakan kitab beliau tersebut Bulbul Ar-Raudh
Oleh : Sopiahketi
referensi :
https://secondprince.wordpress.com/2007/07/28/pembelaan-untuk-ibnu-ishaq/
https://www.academia.edu/22114441/BIBLIOGRAFI_SIRAH_IBNU_ISHAQ
https://islami.co/ibnu-ishaq-dan-sejarah-sirah-nabi/
Komentar
Posting Komentar